Thursday, May 17, 2012

Khasiat ikan haruan

Ikan Haruan terkenal dengan khasiat perubatan, kandungan asid amino dan lemak yang terdapat pada ikan itu mampu menyembuhkan luka serta amat balk menyembuhkan penyakit tertentu antaranya gastnik, mengandungi vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan serta melambatkan proses penuaan.

Lendirnya pula mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu dan menariknya, kandungan kolagenya dapat mencantikkan kulit.

Menyedari khasiat ikan haruan mampu memberi sumbangan besar dalam perubatan moden, kajian samtifiksekumpulan penyelidik Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan produk semburan mengubat luka berasaskan ekstrak ikan haruan.

Dikenali sebagai cSkinfix, produk itu kesinambungan kejayaan inovasi kumpulan penyelidik sama sebelum mi yang menghasilkan krim dan tablet haruan.

Ketua penyelidiknya, Prof Saringat Bai@Baie ketika ditemui pada Pameran BioMalaysia 2010 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ni, berkata, cSkinflx lebih mudah digunakan berbanding tablet atau krim apabila disembur pada kawasan luka sama ada akibat kebakaran atau penyakit kronik seperti kencing manis.

Kaedah perubatan sedia ada bagi merawat luka biasanya menggunakan ubat-ubatan saintifik selain memerlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan risikojangkitan kuman serta tempoh masa ama untuk sembuh.

"Berbanding cSkinfix, semburan pada kawasan luka kemudian akan membentuk lapisan filem yang berfungsi sebagai kulit sintetik.

"Kandungan antiseptik yang terdapat di dalamnya pula berupaya mencegah pembiakan bakteria dan menyembuhkan luka dalam tempoh lebih cepat," katanya.

Selain ekstrak ikan haruan, Saringat menjelaskan, produk itu juga mengandungi selulosa sintetik yang bersifat larut air sekali gus menyenangkan pengguna Islam mengambil wuduk.